Welcome to Our Website


Kolej Kediaman Ibnu Sina telah siap dibina pada tahun 1959 untuk penempatan pelajar daripada jurusan Perubatan di Universiti Malaya.

Di awal penubuhannya hanya terdapat dua blok penginapan sahaja yang boleh menempatkan seramai lebih kurang 350 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan (MBBS). Pelajar lelaki ditempatkan di Blok A, manakala pelajar perempuan di Blok B.

Pada tahun 1980an empat buah lagi blok penginapan telah dibina untuk menampung pertambahan bilang pelajar yang kini dikenali sebagai Blok C, Blok D, Blok E dan Blok F yang mana boleh menempatkan seramai 200 orang pelajar. Pertambahan blok penginapan ini membolehkan KKIS mengambil pelajar dari jurusan Ijazah Sarjana Muda Pergigian.

Universiti Malaya mengambil inisiatif dengan membina dua blok penginapan di KKIS pada tahun 1990an ekoran pertambahan bilangan pelajar yang mana kini dikenali sebagai Blok G dan Blok H. Sejak tahun 2004, KKIS telah mula menempatan pelajar-pelajar dari lain-lain jurusan seperti Kejuruteraan, Sains Bioperubatan, Farmasi, Kejururawatan, Undang-undang dan Alam Bina.

Sehingga kini, KKIS telah menempatkan lebih kurang 800 orang pelajar, di mana Blok A dan Blok H menempatkan  pelajar lelaki dan selebihnya untuk pelajar perempuan.